DERITA ROH
aku lari.
kau mengejar.
aku berhenti, kau tidak diam.
setiap desah nafasku kau kacau bilaukan.
sampai aku hempas kepalaku di lingkaran tajam.
arghhhhhhhh.
kenapa kau masih mengejar?
berhenti lah membuntuti aku!
berapa lama lagi kau mahu mengurung aku disini?
LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU!
tolong.tolong..
benarkan aku "keluar".
aku kehabisan lelah.
jangan sampai riwayatku tamat, kau masih disitu menjaga.
aku tidak mahu bersama engkau!
pergi.pergi.
jemariku sudah lebam mencungkil jalan keluar.
setiap kali ia mula mencerah,
kau datang lagi menimbusnya dengan kegelapan.
aku sengsara!!aku buta meraba! aku sesat tak berpeta!
kudratku sudah hanyir membukitkan usaha.
tolong.....
(derita sebuah roh)
wahai orang yang sekian lama menderita,
nah..aku unjuk kau "kunci" penjara.
tapi sebelum itu ikatlah jarimu sebagai janji.
pertaruhkan nyawamu sebagai tebusan pasti.
sebagai galang ganti pembebasan hari ini.
tasbihkan nama-KU jangan sampai berhenti.
engkau akan terlerai dengan sendiri.
tapi jika engkau ingkari.
bersiagalah menadah "kesakitan" hakiki.
ingat.
jangan kau berpaling dari JANJI!
kerana kau yang bakal RUGI!
(bisikan jiwa raga)
No comments:
Post a Comment