Saturday, November 13, 2010

couple islamic vs couple xislamic

Sekadar senda gurau tapi ada nilai yang perlu diteliti dan direnungi.. ni soklan dari dalam hati dan akal penulis  serta dijawab sendiri oleh hati dan akal penulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan sebelum ini.. mungkin ada yang terkena dekat batang hidung sapa2.. penulis mintak maaf.. mana yang baik jadikan teladan.. mana yang kurang sesuai jadikan pengajaran.. persoalan penulis pada couple Islamic dan couple tak Islamic sama je.. Soklannyer : Boleh tak korang terangkan, apa beza jenis couple korang; couple Islamic dan couple tak Islamic? Maner satu lebih baik?
Couple Islamic jawab.. Kte org bukan mcm dyeorg, dyeorg dah taw y antara pompuan dan lelaki xleh pegang tangan, xleh sentuh2.. kami Islamic, kami taw suma tu x bole.. so kami xwat pun macam couple x Islamic. Kami keluar makan ke studi ke x pernah tersentuh pun.. kami jaga batasan kami..

Couple tak Islamic plak jawab.. ala sama je laa, dah nama pun couple, x sentuh ke sentuh.. lebih kurang kteorg jgk.. lagi teruk adalah, konon bawak image Islamic.. hampeh dan haprak lagi dari kteorg ada laa.. at least kte org x tunjuk yang kita org ni alim.. so nak wat dosa pun xda laa bersalah sangat.. kompius btul laa.. Islamic tunjuk laa cara Islamic.. xyah couple terus..
Couple Islamic tambah lagi.. eh, jangan samakan kte org dengan korg k. kte org nk bckap pun ada batas.. korang duk panggil sayang laa abang laa.. ingat kompem ke sayang or abang korang tu pasangan korg sampai akhirat nnt? Kte org dah istikharah.. dah yakin pilihan ni yg terbaik.. x macam korang.. Ada pulak yang berpapa bermama.. eei.. korang ingat pilihan korang ni btul2 terbaek ke untuk anak2 korang? Insaf laa.. pilih ibu atau bapa yang boleh didik anak2 korg nnt.. kalu tak.. menyesal, membesar jadi cam korang ni laa.. x tinggi ilmu agama.. x taw undang2 dan ajaran Islam.
 Couple tak Islamic menjawab.. adeh.. patut kteorg gelak ke kteorg kutuk ni.. x payah nak sebut laa pasal solat istikharah ke solat apa ke.. apa korg ada buat solat taubat? Kater taw sangat undang2 Islam, ajaran Islam.. taubat laa wei.. kteorg memang jahil.. rendah ilmu agama.. tapi kteorg taw laa kasih-sayang tu macam mana.. at least anak kteorg nnt xda laa jadik mcm korang ni.. berlagak je lebih.. ustaz ustazah laa konon.. still rendah laa martabat korg kalu buat apa yang kteorg buat.. apa setakat ganti nama ana-enti tu ada beza laa abang-sayang? Blah la wei.. jangan malukan imej Islam yg korg bawak.. lagi burukkan pemandangan ada laa.. berkopiah, berjubah.. pakai tudung labuh tapi keluar dating.. urgh.. xleh terima langsung..
Couple Islamic.. sekurang-kurangnya kteorg tutup aurat sempurna.. ikut sunnah Rasulullah.. xda laa pakai apa y korg pakai  ni.. memang jelas salah.. yang pompuan, tudung kene tutup paras dada.. baju xleh pakai ketat2.. yang lelaki, seluar tutp lutut.. baju pakai yang xda lambang2 x senonoh.. logo ntah pape.. tengok kteorg, sejuk mata memandang.. berkopiah, berjubah.. kalu keluar pun, lepas dah solat.. incase time dah keluar baru azan, kteorg pegi solat kat masjid2.. korg selagi time solat xabes, selagi tu korg x ingt nak balik.. mayb esampai lupa nk solat.. solat tiang agama.. x solat runtuh laa tiang agama..
Couple tak Islamic balas balik.. maner korg taw kteorg x solat? Kteorg taw laa maner y wajib kne buat.. seingat kteorg laa kn, ustazah zaman sekolah dulu ada ckp, solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.. memang kteorg jahil, solat tak khusyuk.. sbb tu kteorg x sehebat korg yg belajar agama ni.. tapi kalu dah korg pun couple macam kteorg.. tak ke solat korg sama cam kteorg jgk? Solat ceroi.. sbb tu x tercegah perbuatan mungkar ni.. mengata dulang paku serpih.. mengata kteorg, korg lagi lebih.. pasal pakaian tu hak individu ok.. terserah laa.. x salah pun kalu kteorg pakai t-shirt ke blouse ke.. tak kater pun wajib pakai jubah dengan kopiah kan?
Couple Islamic makin panas.. apa-apa pun korg memang lagi teruk dari kteorg.. tengok je laa.. kalu sms ke mesej ke ym ke.. ad korg ingat-ingatkn antara korg.. jgn duk asyik tanya dah mandi belum.. dah makan belum.. tengah buat ap laa.. macam2.. cuba tengok kteorg.. mesej nk ingtkn pasal waktu solat.. pasal muhasabah diri.. pasal qiamullail.. pasal motivasi, nasihat2 dan ingatan.. dalam sehari mesti kteorg ingatkn partner kteorg psl kehidupan, kematian, pasal Allah..
Couple tak Islamic dengan sinisnya.. so? Dah bagus la kiranya tu? Tak dapat diterima dek akal laa.. so? Bila saling ingat-mengingati pasal solat pasal qiamullail, nasihat-menasihati pasal kehidupan.. apa korg buat sebab partner korg laa? Bukan sbb memang Allah yang suruh? Korg lebih tahu hakikat korg.. eleh.. bangun tidur terus tengok mesej partner.. dah solat subuh? Semalam qiam tak? Apa.. korg ingt bila korg wat camtu, elok sangat la? Bangun sbb mesej dr pakwe, solat sbb ingatan dr pakwe.. erk.. meluat btul la.. sama je la korg ni.. tak lebih, tak kurang dr kteorg.. makin dahsyat ada laa..
P/S : walau apa pun pandangan korg.. walau apa pun pendapat korg nak pertahankan status masing2.. ingat lah bahawa ONLY NIKAH CONNECTING PEOPLE.. there is NO COUPLE IN ISLAM.. xkesah laa title couple Islamic ke couple tak Islamic ke.. suma tu mengarut.. Allah dah berfirman; JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA. Maknenye, bukan berbuat zina tapi larangan membuat apa jua perkara yang bakal membawa kepada zina.. ingatlah ANTARA LELAKI DAN WANITA PASTI WUJUD YANG KETIGA IAITU SYAITAN.

Syaitan laknatullah ni dah bersumpah akan menyesatkan anak2 Adam hingga ke hari kiamat.. dan jangan lupa MATI ITU PASTI.. Cuma masanya belum diketahui. So, kalu raser nak bertaubat, DO IT NOW.. sbb maybe not less in five minutes after this, you are no longer breathing.. penulis mintak maaf byk2 kalu kater2 dan ayat2 penulis kasar atau terasa melampau. Penulis bukan insan sempurna, penulis jugak banyak khilaf dan dosa.. moga Allah ampunkan dosa2 kita semua..

~~ Sesungguhnya ya Allah, kami tidak layak untuk syurga-MU,  tetapi kami tidak pula sanggup menanggung siksa neraka-MU.. dari itu, kurniakanlah ampunan kepada kami, ampunkan dosa2 kami.. sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar.. redhailah kami ya Allah, bimbinglah kami ya Allah.. tunjukilah kami jalan-MU.. berilah kami hidayah-MU ~~
"LET'S COVER UP,COUPLE NOT"

islam itu indah

Doaku Untukmu...

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.

Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.

Cerita dipetik daripada Majalah Solusi Isu 22...

Hidup ini perlu banyak memberi kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain. Dan tidak semestinya pemberian itu hanya dari sudut kebendaan, doa adalah pemberian yang sangat berharga, lebih-lebih lagi doa yang tidak diketahui oleh penerimanya. Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada, mungkin apa yang kita miliki sekarang adalah daripada doa orang lain kepada kita...